Wednesday, December 21, 2011

Cabaran Baru


Saturday, November 26, 2011

Dah Kahwin


Thursday, October 6, 2011

lega dan lega


Thursday, September 29, 2011

bila saya sudah terikat


Wednesday, September 28, 2011

bb masuk kedai

Monday, September 19, 2011

jjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjj


Sunday, September 18, 2011

pc sudah berkahwin


Friday, September 16, 2011

Pernikahan Pak Cik

Pagi ini bangun dengan rasa semangat bercampur sedih. Usai solat subuh termenung memikir kan malam ini. Pak Cik akan bernikah seterusnya menjadi hak milik isteri beliau dan since that terpaksa menjaga batas pergaulan untuk tidak menimbulkan rasa tidak puas hati isteri beliau. Hehehhe.

Actually kami adik beradik sangat close with him...

Kami tengok wayang sama-sama...

Kami keluar bandar sama-sama..

Kami beraya bersama-sama...

Kmai share bersama- sama....

Masa kecil dulu, ayah akan hantar kami balik Ulu Jempol. Duduk la kat situ menghabiskan cuti sekolah yang panjang.

Biasalah budak-budak, pemikiran masih mentah lagi. Aktiviti kami di kampung sentiasa penuh :-

- Kami mandi sungai belakang rumah wan, sungai cetek, seronok.....
- Kami buat persembahan tarian di bangsal belakang rumah wan. Pelbagai jenis tarian kami persembahkan.          - Kami lah penari dan kami jugalah penonton..
- Kami main sanding-sanding, sekali siap ada bunyi gong lagi (gong suara sendiri)...
- Kami amik kerusi rotan wan , then buat macam kenderaan or shelter...
- Kami beraya bersama, lelaki berjalan di depan perempuan di belakang.
- Kami kupas bawang bersama-sama, tangan hitam mata pun pedih.

Waaaaa. Nampaknya pak cik mendahului chak...sedih sangat ....



Thursday, September 15, 2011

Hari ni Busy sangat, sempat makan nasi beriyani je...

hahahha..tajuk kat atas tu macam x logik je kan?  hehehhe tension sangat hari ni, so terus beli nasi beriyani ayam goreng. boleh tahan jugak taj punya, biasa makan nasi beriyani aliff colour oren kali ni macam nasi goreng kuning minyak sapi je. ok la cuma ayam x sebesar macam taj dan nasi dia manis sikit. tak pasti manis rempah atau manis gula. 

Wednesday, September 14, 2011

Alahai Ceteknya Maruah Kamu Jika Dibandingkan Dengan Tudung Labuhmu...

Kawan-kawan saya ramai. Dari sejahat-jahat manusia sampai sebaik-baik manusia semua saya ada.

Tolong Jagan Banyak Tanya!!!!!!!

Bosan dengan soalan bodoh yang memang tak logik kalau nak tanya. Menaykitkan hati dan membantutkan selera makan saja. Eeeeeeeeeeeeeeeee.  

banyak kerja

hari-hari ngantuk, penat, banyak yang nak kena kejar payment

Monday, September 12, 2011

My BFF's Engagement

Tahniah Farah. Tahniah sekali lagi. I know you will follow me. Cuma lambat dan cepat saja. Hehehe. The last wednesday received call from Farah for invitition her enggagement. Saya terkejut farah cakap tunang, because i thought wedding. Faham apa dalam fikiran saya, Farah cepat-cepat jawab yang mak dia nak sangat  dia tunang. Sebab a week before my engagement, she told me that she wont do for engagement, just straight to nikah. So thats why i surprised. 

Tahniah Farah & Faizal. Anda sangat cantik petang itu. Majlis start petang ahad lepas asar, so kami pergi berdua sahaja. Before majlis farah, di rumah sangat busy sebab kawan-kawan syiqin datang beraya. We just prepared the MEE KARI. for them come with kuih raya. Biasa lah, mood raya masih ada. 

That day become quite rushing because her friends back around 3:30pm and we should get ready ( makeup and changing the clothes ). Alhamdulillah sampai 10 minit sebelum majlis bermula. 

Farah wearing a turqouise baju kurung with a bit beaded. I met my mak andam which she makeup for my engagement day. Thank you. 


Cantik kan Farah???


With My Sister Kinlek


Abaikan my eyes yang squint tu...Cissss...

Sunday, September 11, 2011

Shopping Sampai Kaki Melecet

Habis kerja pukul 1 terus shopping sampai 8 malam

Saturday, September 10, 2011

Kutip Hutang

Hari- hari call debtor kutip hutang. Terbaik la. Muka tebal tapi tak berjumpaso boleh la cakap apa2 pun

Friday, September 9, 2011

Tak Perlu Menjadi Si Laser No.2

Hantaran tidak menjanjikan kebahagiaan sesebuah perkahwinan. So no need to compare hantaran awak dan saya..Even berbeza 2k, tak perlu mendabik dada. Kita perlu berbalik kepada kemampuan dahulu sebelum berani meletakkan harga. Saya percaya kita cukup mengenali pasangan kita dan secara tidak langsung kita tahu tentang kemampuan pasangan. Jangan memaksa kerana kelak kita merana. Perkahwinan anda megah satu taman tapi selepas kahwin apa jadi? Tutup lubang sini, korek lubang sana. Saya tak mahu menjadi seperti ini, biar majlis ala kadar, janji message yang hendak di sampaikan itu di fahami.

Kalau iri hati sekalipun, tak perlu untuk tunjuk perasaan itu dengan memerli atau menjatuhkan maruah orang lain. Kau tak puas hati di sebabkan mas kahwin dia lagi tinggi, so xperlu la tanya kenapa tinggi? Itu hak masing-masing.


apa yang saya nak dalam hidup saya?

saya pun tak tahu apa yang saya nak sebenarnya...menyampah pun ada..uwekkkkkkk

air mata mengalir mengiringi si bongsu..hua hua hua

sedih adik masuk utm kampus semarak..sedih sangat

kenapa saya tak pernah kurus????


dari kecil hingga 25 tahun, smapai kan nak kahwin ,saya tak pernah kurus. bukan kesedaran tu tak datang,tapi nafsu makan saya mengatasi perasaan untuk kurus, memng menyakitkan hati tapi itulah saya khairunnisak abdul malek. saya benci part ni je. im getting married lagi 2 bulan tapi kesedaran tetap kalah.

makan la ubat diet apa sekalipun,jika hati saya tak nak, saya tak boleh buat apa... alasan kan?

bahana juadah raya


hampir 2 malam saya tidak tidur lena..adoi
saya kena cirit birit

selamat hari raya 2011


Tolong Hormati Hak Orang Lain


pernah tak mengalami situasi seperti ini?mesti pernah kan?saya takpaham dengan manusia seperti ini dan saya memang tidak akan paham.kenapa?kerana bagi saya orang begini tidak akan pernah untuk berubah kerana harta sendiri tidak dijaga, ini kan pula harta orang lain.

saya paham jika laptop anda dibiarkan terbuka dan budak-budak berkurumun main, anda hanya memerhatikan dari jauh sahaja tanpa memikirkan risiko nya. Kerana pada pemikiran anda,ala budak-budak, setakat mana saja kasar nya.ok,saya tak kisah tapi apa perasaan kita jika barang kita di layan sebegitu rupa. saya terus terang ye, saya memang angin satu badan sebab barang-barang saya,saya jaga. Even 1 receipt mcdonalads saya akan simpan. so jangan tanya kenapa saya simpan,jangan pertikaikan perangai saya,kerana saya tidak menggangu hidup anda.

awak memiliki kereta. tapi masih hendak meminjam kereta orang. kalau pandai jaga saya tak kisah, tapi kalau bumper renggang dan kemik, itu jaga ke namanya? apa perasaan awak jika diperlakukan begitu?

tolong jangan ambil mudah harta benda orang lain


perangai macamini memang bersepah di pelusuk dunia. lagi sakit hati bila ada kena mengena saudara mara. memang perasaan benci meluap-luap. ok fine, harta benda kau kalau kau takpeduli, itu hal kau tapi tolong jangan buat pada harta benda orang lain.memang menyirap. dan tolong respect harta orang even seketul sabun.

saya tahu anda tidak pernah kisah hal diri sendiri,selalu ambil mudah hal-hal remeh even tertinggal buku. saya dibesarkan didalam keluarga yang mementingkan disiplin dari segi masa, punctuality, janji. so saya tak akan buat orang dan saya boleh consider jika orang buat saya. jika hendak keluar bandar satu family, ayah ak

Tolong Bagi Signal Lip Lap Lip Lap


Saya tahu anda mahu masuk simpang, potong queue saya,sondol bumper saya. Saya faham perasaan anda tapi tolong bagi signal. Tidak perlu menyondol terus bumper saya. Saya tak marah kalau anda bagi signal malah saya akan bagi space untuk anda masuk. Ini tak, keluar simpang terus sondol tanpa toleh kiri kanan kerana diri tu rasa jalan raya moyang dia yang punya.

Bagi pemandu di luar sana, termasuk diri saya sendiri, tolong bagi signal tidak kira di kawasan mana anda berada, walhal di dalam kawasan taman perumahan anda. Jangan menyusahkan insan lain yang semangat berhenti di simpang untuk keluar semata-mata menunggu kereta anda melepasi nya. Tetapi anda pula masuk ke kiri. Kalau bagi signal awal-awal dah sampai ke bulan dah kereta tu. Tolong ye.Tolong jangan menyusahkan orang lain.

Malang Tidak Berbau


saya xcident


U Turn & Kebetulan...

Saya antara diatas. 

i love


Tempat Kerja Saya


Apabila datang nya sifat benci

'aku benci dia', benci nya tengok dia' . antara ayat-ayat yang biasa kita dengar bila kita menyampah pada seseorang. samalah dengan saya.

MAJLIS PERTUNANGAN SAYA


10-July-2011- Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Akhirnya penat lelah untuk menjayakan majlis ini,berbaloi. Perasaan berdebar, berpeluh, shaking tak payah ceritalah. Bila fikir balik, tak nak ulang balik masa tu. Dengan salah cium tangan bakal MIL, berpeluh sampai make up hampir cair. Ya ALLAH malunya. Orang cium dengan hidung, saya cium dengan dahi. Ajaran mana ikut tak tahu lah. Mujur mak saudara saya yang tahu pasal adat ni, ajar. Dan yang paling best sekali, ajar depan-depan semua orang semasa tengah sarung cincin dan semasa flash camera sana sini berkelip. Malu Malu Malu.Hantaran pihak lelaki 5 dulang dan dibalas 7 oleh pihak perempuan.

Majlis pertunangan saya diadakan sekali dengan majlis tahlil wan saya yang telah kembali ke rahmatullah seminggu sebelum majlis ni pada 30-June-2011. Sangat sedih sebab mengikut perancangan, wan yang akan menjadi ketua dalam majlis ini. Mengenai arwah wan, saya akan cerita next post.

Menu makanan tak lain dan tak bukan Nasi Arab. Makanan tradisi keluarga belah ayah. Sedap sangat lagi-lagi air asam. Kalau berkeinginan hendak rasa, sila lah datang ke jengka hari raya pertama nanti. Raya kedua jamu kuih-muih saja lah.

Orang cakap, dugaan masa bertunang ni hebat. Maklumlah darah manis. Manis tak manis darah, yang penting saya nak kahwin. Hehehehe....

















CUCUR JAWA


Hai...


Dah lama sebenarnya hendak share about myself, tapi dek kerana sibuk sangat dan dah berpuluh  kali postpone, maka terperam jua akhirnya. Ini blog yang ke 2 after cucurjawa..hehehhe...blog healthy tu pun last update August 2009..Almost 2 years juga la tak jenguk..adoi..Busy lah.


Anything jika ada kemusykilan mengenai petua-petua tradisional, sila ke cucurjawa


Bye....

RAHSIA KULIT POPIA TIDAK TERKOYAK


Petang ini kuih untuk juadah berbuka ialah popia goreng. This time buat popia tak ada terkoyak kulit masa nak tarik kulit popia jadi satu keping. Sebab biasanya bila nak buat popia ,mesti terkoyak kulit. Itu belum masuk masa menggoreng lagi. Pecah sana pecah sini, last sekali makan minyak. Pening kepala berpanjangan.

Mula-mula masa koyak kulit popia, terfikir jugak " eh, senang pula nak tarik dia ". So decided, brand ini sajalah untuk next popia. So, sila jangan segan untuk mencuba jenama ini. 



Jenama LOTUZ


Menunggu Untuk Di Goreng


Bukti Kulit Popia Tidak Terkoyak

Balik Kampung


Minggu lepas, minggu pertama puasa, saya balik ke kampung  menyambut puasa ramai-ramai. Perasaan yang sangat seronok kerana dapat berkumpul ramai-ramai, masak bersama, solat jemaah bersama dan banyak lagi.

Hari ahad seperti biasa menjadi hari paling malas untuk warga kota yang pulang ke kampung untuk kembali ke destinasi mereka semula. Hehehehe, tetapi tidak bagi saya. Saya tinggal di rumah tok untuk beberapa hari. Perasaan yang saya kira sangat jarang dapat di nikmati iaitu bercuti lama-lama di kampung. 

Jadi antara aktiviti kami berempat (Tok, M.Teh, Kin) seperti berikut :- 
- Sapu Sawang
-Vacuum Rumah
-Cuci Kipas
-Dan Banyak lagi




Pengalaman paling seronok bila tok suruh bagi makan ayam. Bagi makan ayam pun ada cara nya :
- Mula-mula pergi dekat pokok kelapa dan tuang besen berisi hampas kelapa, gulai dan isi- isi makanan.
- Berlari- lari anak mengelilingi pokok kelapa. Pastikan makanan yang di tuang sama rata di sekelilingnya.
- Kemudian, ketuk besen kuat- kuat dekat batang pokok kelapa sambil jerit "TA'AN TA'AN TA'AN"
- Percayalah, cara ini memang menjadi sebab banyak ayam datang.



Ibu ayam dan anaknya terkedek-kedek datang.


Percayalah, perdu pokok kelapa ini akan bersih seperti mula-mula sebelum saya tuang makanan ayam.



Ini pula kejadian yang memang sampai sekarang tak percaya. Tok dengan berani nya tanpa perasaan takut, seluk/gagau bawah bontot ayam ambil telur. Selesai ambil, masuk dalam peti sejuk. Saya terkocoh-kocoh buka semula peti dan pegang telur ayam tadi, masih panas. Pengalaman yang seronok.









 Hahaha, pengalaman mengopek buah kelapa memang susah. Mengupas 1 biji kelapa bersamaan berlari 2 round padang. Berpeluh-peluh, salute tok yang cekap, pantas, dan steady kupas buah kelapa.

CHECK STOCK


Saya rindu kawan- kawan Ten Ten saya, rindu hendak pergi Check Stock, rindu hendak jalan-jalan, rindu hendak pilih tempat makan, rindu balik pukul 4 pagi, rindu scan bar, rindu hendak dapat duit poket 10 ringgit sehari, semua nya rindu. Itu dulu, sewaktu  masih berkerja di Global Super 10 a.k.a HQ Pasaraya Ten Ten di Kuantan. Saya tak nak cerita tentang office, tetapi hendak share mengenai Check Stock. Check stok di Ten Ten sangat seronok. 

Dalam setahun staff office dan outlet akan pergi check stock di semua Outlet Ten Ten, tidak kira la di Kedah atau Kelantan, semua outlet wajib pergi. Sehari pergi di bayar RM 50.00. Tidak semua boleh pergi, kalau semua pergi siapa nak buat kerja office dan pasaraya? Hanya sebahagian sahaja yang boleh pergi. Biasanya, dlm 25 -27 orang termasuk budak outlet. 

Saya start kerja di Ten Ten pertengahan Mei dan hanya sempat pergi 10 outlets sahaja. Tujuan Check Stock adalah untuk kenal pasti barang short. Kerja dia mudah sahaja, sampai sahaja dekat outlet, kami di beri scan bar setiap seorang, kemudian kami scan setiap barang dan tak boleh tertinggal even 1 pemadam yang kecil. 

Tempoh bekerja bergantung kepada cepat dan lambat siap. Klau cepat siap, cepat la balik dan kalau lambat siap, lambat la balik. Paling lambat siap pukul 5 pagi, dan paling cepat siap pukul 8.30 malam. Saya hanya sempat pergi Jerantut 1, Jerantut 2, Masjid Tanah, Sungai Udang, Tampin , Jasin, Ulu Tiram, Labis, Endau, dan 1 lagi sudah lupa. Walau apa pun check stock memang best sebab di sini lah kita dapat kenal perangai masing-masing.















Mengelat = Excuses


mengelat dalam bahasa rasmi ialah alasan. alasan yang memang dibuat untuk tidak membuat kerja,atau betul2 tidak tahu, atau malas atau sebagainya hanya pemberi alasan yang mengetahui nya. 

saya juga termasuk didalam golongan mengelat and im believed everyone have their own story about mengelat. saya selalu mengelat tentang hal2 yang berkaitan dengan kreativiti. percayalah tangan saya tak ada seni. saya tak boleh bentukkan kuih keria sebab acuan kuih keria akan lembik di tangan saya, saya tak pandai kepal2 acuan almond london kerana almond london di tangan saya tidak akan menjadi bujur. saya takboleh menjahit kerana jarum jahit mesin tercabut dari tempatnya.dari zaman sekolah hingga sekarang, saya benci pendidikan seni. saya tak suka melukis, gunting2, tampal2 saya benci. semasa darjah 3, kena buat tikar mengkuang based on drawing paper size, and believe it or not i got A. bagaimana saya boleh dapat A?kerana hasil bantuan emak iaitu biasanya tikar mengkuang most people gune kertas colour but my mom suggest guna recyclepaper means i cut off my dad national geographic magazine part of ocean's view and replace instead of colour paper. very nice trying angd strictly got A. tapi saya suka mewarna.

im sick these people above, their have own excuses, either logic or not hanya mereka yang mengetahui. oh saya tak pandai photostat 2 side, oh saya kurang mahir potong bawang, oh saya dengan telur ibarat anjing dengan kucing,kalau saya kupas telur mesti hancur. oh oh oh dan oh selamanya. finally you never learn how this through out. im sick im sick. kalu tak pandai belajar, tanya, baca buku yang berkaitan,buat research sendiri macam mana nak kupas kulit telur tanpa screw it.

Kehilangan Insan Tersayang

saya kehilangan datuk yang saya panggil wan dalam hidup saya pada tanggal 30 june 2011 khamis jam7:19 a.m. perasaan yang saya kira sangat sedih sehingga ke hari ini. Jika sebelum ini dikampung akan terdengar suara lantang wan,kini saya tidak akan dengar sampai bila2. 

Thursday, September 8, 2011

YE, INILAH JODOH SAYA…..


7 -August-2010 SATURDAY

Hari ini dengan rasmi nya saya sudah menjadi Mrs.F…ok cukup setakat ni, Mrs. F sudah malu. Bye.

MUNGKINKAH INI JODOH SAYA?????



6-August-2010 FRIDAY

Hari ini Encik F ajak keluar. Adoi,nak keluar ke tak nak ni? Keluar je lah Nisak oi, dah berapa kali kau reject. Ok Nisak setuju keluar dengan Encik F. Encik F cekap cari rumah saya even 1st time. Cis, patutlah cekap, guna GPS rupanya. Tapi tak apa, yang penting on time, kalau tak, memang reject la. Hahaha, perasan kejap.

Tempat pertama di tuju Cheras Leisure Mall. Sumpah tak tahu ada mall dekat dengan rumah. Encik F masih menggunakan GPS dia, so kami tak sesat. Jakun sekejap tengok technology sekarang. Tengok wayang “SALT””. Masuk hall sudah lewat 5 minit, mak oi SALT ni cepat betul start. So starting agak blur sikit. SALT tak best seperti yang di bayangkan, nanti ada sequel.

Selesai SALT, shoot ke A&W PJ. 1st time makan sini even hari-hari lalu naik turun LRT. Bukan apa, tak selera makan sorang-sorang.

Selesai A&W, lepak Dataran Merdeka. Kenapa Dataran Merdeka menjadi pilihan? Sebab Encik F suka kereta. Nasib 25% kena dengan jiwa, kalau tak, muncung sedepa la Cik Nisak. Agak lama di sini, sampai dah menguap non-stop, barulah  Encik F ajak balik. Entah-entah kalau tak berpura-pura menguap, sampai ke pagi la jawab nya. Hebat jugak lakonan Cik Nisak.

Alaaaaaaaa, ingat dah boleh balik, tapi Encik F dahaga pulak. So singgah la Kayu Nasi Kandar, dekat ngan rumah. Minum sampai angka 6, barulah  chow. Thanks Encik F belanja saya + baik pada saya. Jasa baik Encik F tak akan saya lupa.




KEMBALI KE TAHUN 1996…..


11-July-2010 SUNDAY

Muzium Negara destinasi ku..hehehe..macam tak ada tempat lain nak pergi. Tapi itu lah destinasi pilihan kami minggu ni. Kami refer to my brother + saya. Terima kasih banyak-banyak kepada pihak muzium yang telah memanjangkan tempoh coffin exhibition until 18-July-2010. Kalau tidak confirm tak Akan dapat pergi. Seawal pukul 12 sudah gerak ke muzium by orange.

Sampai muzium, rasa macam tak percaya sebab last time jejak muzium time darjah 4 lawatan kelab TATIH tahun 1996. Ingat lagi majalah TATIH? Sekarang dah tukar ke majalah ASUH. Ya Allah memang tak percaya, lagi-lagi bila tengok keretapi. Arghhh seronoknya. Terbayang during that time, bawa bekal bagai nak rak, maklumlah jauh perjalanan (before highway LPT wujud). Apa lagi bergambar dulu, puas bergambar masuk dalam kawasan muzium, nampak pulak pameran sempena world cup 2010, time ni semi final. Memang hot la.

Ok keranda time..hehehhehehehe (sila baca versi cik pon mengilai). Time nak masuk, congak-congak dalam kepala berapa harga tiket ni, fuh di luar jangkaan. RM 2 /person. Hehehehe ok la tu tapi kena tambah RM 3 untuk ambil gambar. so total RM 7 sudah di belanja.

Pameran ni macam-macam jenis keranda ada. Paling best bila keranda paling mahal ½ juta mak oi. Ini Chinese punya. Keranda bersalut emas di pinjam dari NIRVANA. Sape2 tak tahu ape itu NIRVANA, nanti on the way ke arah sg.way akan nampak besar-besar NIRVANA.
Selesai jelajah pameran keranda, pergi pameran ASEAN. Quiet boring sebab tak kena dengan jiwa. Sekadar masuk and set dalam kepala, saya pernah masuk, Nasib free. Hahahaha jahat betul. Then, tengok jam awal lagi, so decided masuk pameran tetap muzium Negara. Warghhh ngantuk nya. My brother sibuk nak tengok macam mana rupa bentuk Keris Taming Sari Hang Tuah punya. Pusing punya pusing tak jumpa. Jomla baik abang ku, adik mu sudah boring.

Oleh kerana muzium dengan KL Sentral tak jauh mana, so decided lunch @ KL Sentral, makan MCD sudah. Kitaorang terpaksa menghabiskan masa dekat sini 2 jam sebab parking RM 4/Hour. Next 1 Hour RM3. Settle lunch sudah 1 jam, so dari membazir lagi 1 jam, jom la pusing-pusing. Boring lah , lastly beli coklat sudah.

Balik singgah rumah pak angkat sekejap a.k.a TESCO EXTRA CHERAS. Tempat memang wajib pergi,lepak sampai TESCO tutup (TESCO tutup pukul 12 a.m). Ngeh Ngeh Ngeh. Makan sushi sekejap then pukul 10 balik rumah. Sampai rumah mandi then zzzzzzzzzzzzzzzzzz