Friday, September 9, 2011

Tak Perlu Menjadi Si Laser No.2

Hantaran tidak menjanjikan kebahagiaan sesebuah perkahwinan. So no need to compare hantaran awak dan saya..Even berbeza 2k, tak perlu mendabik dada. Kita perlu berbalik kepada kemampuan dahulu sebelum berani meletakkan harga. Saya percaya kita cukup mengenali pasangan kita dan secara tidak langsung kita tahu tentang kemampuan pasangan. Jangan memaksa kerana kelak kita merana. Perkahwinan anda megah satu taman tapi selepas kahwin apa jadi? Tutup lubang sini, korek lubang sana. Saya tak mahu menjadi seperti ini, biar majlis ala kadar, janji message yang hendak di sampaikan itu di fahami.

Kalau iri hati sekalipun, tak perlu untuk tunjuk perasaan itu dengan memerli atau menjatuhkan maruah orang lain. Kau tak puas hati di sebabkan mas kahwin dia lagi tinggi, so xperlu la tanya kenapa tinggi? Itu hak masing-masing.


No comments:

Post a Comment