Friday, September 9, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN SAYA


10-July-2011- Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Akhirnya penat lelah untuk menjayakan majlis ini,berbaloi. Perasaan berdebar, berpeluh, shaking tak payah ceritalah. Bila fikir balik, tak nak ulang balik masa tu. Dengan salah cium tangan bakal MIL, berpeluh sampai make up hampir cair. Ya ALLAH malunya. Orang cium dengan hidung, saya cium dengan dahi. Ajaran mana ikut tak tahu lah. Mujur mak saudara saya yang tahu pasal adat ni, ajar. Dan yang paling best sekali, ajar depan-depan semua orang semasa tengah sarung cincin dan semasa flash camera sana sini berkelip. Malu Malu Malu.Hantaran pihak lelaki 5 dulang dan dibalas 7 oleh pihak perempuan.

Majlis pertunangan saya diadakan sekali dengan majlis tahlil wan saya yang telah kembali ke rahmatullah seminggu sebelum majlis ni pada 30-June-2011. Sangat sedih sebab mengikut perancangan, wan yang akan menjadi ketua dalam majlis ini. Mengenai arwah wan, saya akan cerita next post.

Menu makanan tak lain dan tak bukan Nasi Arab. Makanan tradisi keluarga belah ayah. Sedap sangat lagi-lagi air asam. Kalau berkeinginan hendak rasa, sila lah datang ke jengka hari raya pertama nanti. Raya kedua jamu kuih-muih saja lah.

Orang cakap, dugaan masa bertunang ni hebat. Maklumlah darah manis. Manis tak manis darah, yang penting saya nak kahwin. Hehehehe....

















No comments:

Post a Comment