Saya tahu anda mahu masuk simpang, potong queue saya,sondol bumper saya. Saya faham perasaan anda tapi tolong bagi signal. Tidak perlu menyondol terus bumper saya. Saya tak marah kalau anda bagi signal malah saya akan bagi space untuk anda masuk. Ini tak, keluar simpang terus sondol tanpa toleh kiri kanan kerana diri tu rasa jalan raya moyang dia yang punya.
Bagi pemandu di luar sana, termasuk diri saya sendiri, tolong bagi signal tidak kira di kawasan mana anda berada, walhal di dalam kawasan taman perumahan anda. Jangan menyusahkan insan lain yang semangat berhenti di simpang untuk keluar semata-mata menunggu kereta anda melepasi nya. Tetapi anda pula masuk ke kiri. Kalau bagi signal awal-awal dah sampai ke bulan dah kereta tu. Tolong ye.Tolong jangan menyusahkan orang lain.
No comments:
Post a Comment