Friday, September 9, 2011

Tolong Hormati Hak Orang Lain


pernah tak mengalami situasi seperti ini?mesti pernah kan?saya takpaham dengan manusia seperti ini dan saya memang tidak akan paham.kenapa?kerana bagi saya orang begini tidak akan pernah untuk berubah kerana harta sendiri tidak dijaga, ini kan pula harta orang lain.

saya paham jika laptop anda dibiarkan terbuka dan budak-budak berkurumun main, anda hanya memerhatikan dari jauh sahaja tanpa memikirkan risiko nya. Kerana pada pemikiran anda,ala budak-budak, setakat mana saja kasar nya.ok,saya tak kisah tapi apa perasaan kita jika barang kita di layan sebegitu rupa. saya terus terang ye, saya memang angin satu badan sebab barang-barang saya,saya jaga. Even 1 receipt mcdonalads saya akan simpan. so jangan tanya kenapa saya simpan,jangan pertikaikan perangai saya,kerana saya tidak menggangu hidup anda.

awak memiliki kereta. tapi masih hendak meminjam kereta orang. kalau pandai jaga saya tak kisah, tapi kalau bumper renggang dan kemik, itu jaga ke namanya? apa perasaan awak jika diperlakukan begitu?

No comments:

Post a Comment