Minggu lepas, minggu pertama puasa, saya balik ke kampung menyambut puasa ramai-ramai. Perasaan yang sangat seronok kerana dapat berkumpul ramai-ramai, masak bersama, solat jemaah bersama dan banyak lagi.
Hari ahad seperti biasa menjadi hari paling malas untuk warga kota yang pulang ke kampung untuk kembali ke destinasi mereka semula. Hehehehe, tetapi tidak bagi saya. Saya tinggal di rumah tok untuk beberapa hari. Perasaan yang saya kira sangat jarang dapat di nikmati iaitu bercuti lama-lama di kampung.
Jadi antara aktiviti kami berempat (Tok, M.Teh, Kin) seperti berikut :-
- Sapu Sawang
-Vacuum Rumah
-Cuci Kipas
-Dan Banyak lagi
Pengalaman paling seronok bila tok suruh bagi makan ayam. Bagi makan ayam pun ada cara nya :
- Mula-mula pergi dekat pokok kelapa dan tuang besen berisi hampas kelapa, gulai dan isi- isi makanan.
- Berlari- lari anak mengelilingi pokok kelapa. Pastikan makanan yang di tuang sama rata di sekelilingnya.
- Kemudian, ketuk besen kuat- kuat dekat batang pokok kelapa sambil jerit "TA'AN TA'AN TA'AN"
- Percayalah, cara ini memang menjadi sebab banyak ayam datang.
Ibu ayam dan anaknya terkedek-kedek datang.
Percayalah, perdu pokok kelapa ini akan bersih seperti mula-mula sebelum saya tuang makanan ayam.
Ini pula kejadian yang memang sampai sekarang tak percaya. Tok dengan berani nya tanpa perasaan takut, seluk/gagau bawah bontot ayam ambil telur. Selesai ambil, masuk dalam peti sejuk. Saya terkocoh-kocoh buka semula peti dan pegang telur ayam tadi, masih panas. Pengalaman yang seronok.
No comments:
Post a Comment