Saya rindu kawan- kawan Ten Ten saya, rindu hendak pergi Check Stock, rindu hendak jalan-jalan, rindu hendak pilih tempat makan, rindu balik pukul 4 pagi, rindu scan bar, rindu hendak dapat duit poket 10 ringgit sehari, semua nya rindu. Itu dulu, sewaktu masih berkerja di Global Super 10 a.k.a HQ Pasaraya Ten Ten di Kuantan. Saya tak nak cerita tentang office, tetapi hendak share mengenai Check Stock. Check stok di Ten Ten sangat seronok.
Dalam setahun staff office dan outlet akan pergi check stock di semua Outlet Ten Ten, tidak kira la di Kedah atau Kelantan, semua outlet wajib pergi. Sehari pergi di bayar RM 50.00. Tidak semua boleh pergi, kalau semua pergi siapa nak buat kerja office dan pasaraya? Hanya sebahagian sahaja yang boleh pergi. Biasanya, dlm 25 -27 orang termasuk budak outlet.
Saya start kerja di Ten Ten pertengahan Mei dan hanya sempat pergi 10 outlets sahaja. Tujuan Check Stock adalah untuk kenal pasti barang short. Kerja dia mudah sahaja, sampai sahaja dekat outlet, kami di beri scan bar setiap seorang, kemudian kami scan setiap barang dan tak boleh tertinggal even 1 pemadam yang kecil.
Tempoh bekerja bergantung kepada cepat dan lambat siap. Klau cepat siap, cepat la balik dan kalau lambat siap, lambat la balik. Paling lambat siap pukul 5 pagi, dan paling cepat siap pukul 8.30 malam. Saya hanya sempat pergi Jerantut 1, Jerantut 2, Masjid Tanah, Sungai Udang, Tampin , Jasin, Ulu Tiram, Labis, Endau, dan 1 lagi sudah lupa. Walau apa pun check stock memang best sebab di sini lah kita dapat kenal perangai masing-masing.
No comments:
Post a Comment