Thursday, September 8, 2011

KEMBALI KE TAHUN 1996…..


11-July-2010 SUNDAY

Muzium Negara destinasi ku..hehehe..macam tak ada tempat lain nak pergi. Tapi itu lah destinasi pilihan kami minggu ni. Kami refer to my brother + saya. Terima kasih banyak-banyak kepada pihak muzium yang telah memanjangkan tempoh coffin exhibition until 18-July-2010. Kalau tidak confirm tak Akan dapat pergi. Seawal pukul 12 sudah gerak ke muzium by orange.

Sampai muzium, rasa macam tak percaya sebab last time jejak muzium time darjah 4 lawatan kelab TATIH tahun 1996. Ingat lagi majalah TATIH? Sekarang dah tukar ke majalah ASUH. Ya Allah memang tak percaya, lagi-lagi bila tengok keretapi. Arghhh seronoknya. Terbayang during that time, bawa bekal bagai nak rak, maklumlah jauh perjalanan (before highway LPT wujud). Apa lagi bergambar dulu, puas bergambar masuk dalam kawasan muzium, nampak pulak pameran sempena world cup 2010, time ni semi final. Memang hot la.

Ok keranda time..hehehhehehehe (sila baca versi cik pon mengilai). Time nak masuk, congak-congak dalam kepala berapa harga tiket ni, fuh di luar jangkaan. RM 2 /person. Hehehehe ok la tu tapi kena tambah RM 3 untuk ambil gambar. so total RM 7 sudah di belanja.

Pameran ni macam-macam jenis keranda ada. Paling best bila keranda paling mahal ½ juta mak oi. Ini Chinese punya. Keranda bersalut emas di pinjam dari NIRVANA. Sape2 tak tahu ape itu NIRVANA, nanti on the way ke arah sg.way akan nampak besar-besar NIRVANA.
Selesai jelajah pameran keranda, pergi pameran ASEAN. Quiet boring sebab tak kena dengan jiwa. Sekadar masuk and set dalam kepala, saya pernah masuk, Nasib free. Hahahaha jahat betul. Then, tengok jam awal lagi, so decided masuk pameran tetap muzium Negara. Warghhh ngantuk nya. My brother sibuk nak tengok macam mana rupa bentuk Keris Taming Sari Hang Tuah punya. Pusing punya pusing tak jumpa. Jomla baik abang ku, adik mu sudah boring.

Oleh kerana muzium dengan KL Sentral tak jauh mana, so decided lunch @ KL Sentral, makan MCD sudah. Kitaorang terpaksa menghabiskan masa dekat sini 2 jam sebab parking RM 4/Hour. Next 1 Hour RM3. Settle lunch sudah 1 jam, so dari membazir lagi 1 jam, jom la pusing-pusing. Boring lah , lastly beli coklat sudah.

Balik singgah rumah pak angkat sekejap a.k.a TESCO EXTRA CHERAS. Tempat memang wajib pergi,lepak sampai TESCO tutup (TESCO tutup pukul 12 a.m). Ngeh Ngeh Ngeh. Makan sushi sekejap then pukul 10 balik rumah. Sampai rumah mandi then zzzzzzzzzzzzzzzzzz















No comments:

Post a Comment